US dollar meneruskan kenaikan dalam sesi New York pada Isnin berbanding matawang-matawang utama yang lain. Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain membuat kenaikan yang sebanyak 0.36% setakat pada pukul 10.37 malam.
Indeks US dollar membuat kenaikan sehingga 1.37% pada minggu lalu yang banyak disokong oleh kenaikan Hasil-Bon 10-tahun AS dan juga peningkatan sentimen pasaran.
Major pair EUR/USD jatuh 0.49% dengan GBP/USD jatuh 0.21%. USD/JPY pula naik 0.33%, USD/CAD naik 0.04% dan USD/CHF naik 0.39%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.54% dan jatuh 0.62% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah USD, manakala matawang paling lemah adalah AUD dan NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing jatuh sebanyak 0.54% dan 0.62% setakat ini.
Jadi, kenapa US dollar begitu kuat ketika ini? Tidak, ia bukan disebabkan kenaikan hasil-bin, kerana hasil bon AS ketika ini sedang membuat kejatuhan. Kenaikan ini dipercayai datang daripada sentimen positif keberangkatan delegasi AS ke China untuk merundingkan pertikaian perdagangan kedua-dua negara.
Kudlow (Pengarah Majlis Ekonomi AS) pada Khamis mengatakan beliau yakin dengan rundingan ini, dan berkata Presiden Trump juga yakin dengan perkara ini. “Kita akan lihat, semua pertikaian ini akan dibincangkan.”
Lawatan Kudlow ke China untuk menyelesaikan masalah perdagangan AS-China dilihat satu harapan baru bahawa ‘Perang Perdagangan’ tidak akan tercetus antara AS-China, sekaligus telah menyokong kenaikan US dollar.
Selain itu, pasaran ketika ini juga menjangka The Fed akan memberikan komen yang hawkish terhadap hala-tuju kenaikan kadar faedah di masa hadapan.