US dolar jatuh dari paras tertinggi 7 minggu lalu berbanding matawang yen selepas Washington mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas $ 200 bilion barangan import dari China. Hal ini meningkatkan lagi ketegangan antara dua ekonomi terbesar di dunia.
Berita itu, pertama kali dilaporkan oleh Bloomberg pada awal sesi perdagangan Asia menyebabkan pasaran mata wang jatuh ke tahap terendah hari ini dan mendorong pemain pasaran menjual aset berisiko tinggi terhadap mata wang yang kurang terdedah pada kecairan.
US Dolar jatuh keparas bacaan 110.85 berbanding yen pada awal sesi perdagangan Asia. Sebelum ini matawang tersebut mencecah paras tertinggi dalam minggu ini pada 111.355 yen pada Selasa.
Dolar Australia pula jatuh kepada $ 0.7424 daripada paras tertinggi minggu ini iaitu pada $ 0.7480.
Wakil Perdagangan A.S. Robert Lighthizer berkata Amerika Syarikat akan mengenakan tarif 10 peratus ke atas import China tambahan bernilai $200 bilion, walaupun selepas beberapa hari perlaksanaan tarif pada $34 bilion barangan China.
Menurut pegawai pentadbiran, dalam tempoh dua bulan pemprosesan orang ramai akan diberi ruang untuk memberi komen mengenai tarif yang dicadangkan sebelum senarai tersebut dimuktamadkan.
Langkah tersebut diambil selepas Presiden A.S., Donald Trump berkata pada minggu lalu bahawa US berkemungkinan akan mengenakan tarif ke atas barangan yang bernilai lebih daripada $500 bilion dari China iaitu kira-kira jumlah import U.S. dari China pada tahun lepas.
Menurut penganalisis, memandangkan tarif baru tidak akan berlaku selama dua bulan, pasaran akan sedikit tenang berkenaan isu US-China. Walaubagaimanapun, pemain pasaran harus tetap memberi tumpuan terutamanya dalam pasaran saham China.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama kini berada pada paras 93.97 setakat jam 9.20 pagi.