Pada ketika ini dunia telah memasuki era revolusi industri keempat. Teknologi dan informasi berkembang dengan semakin pantas dan pesat. Manusia sebagai peran utama dalam kemajuan tersebut tepaksa berpacu dengan kemajuan teknologi untuk kekal relevan.
Kecerdasan buatan atau AI meruapakan salah satu daripada hasil perkembangan teknologi. Kecerdasan buatan dibuat degnan maksud untuk meningkatkan sistem dasar komputer sehingga menyerupai ciri manusia, iaitu kemampuan untuk berfikir dan menjawab persoalan. Teknologi ini memberikan banyak manfaat kepada industri, syarikat malah kepada individu jika dapat dikendalikan dengan baik.
AI bukan sahaja digunakan oleh industri mainstream seperti teknologi, kenderaan, aeroangkasa, komputer dan sebagainya. Namun ia turut digunakan oleh industri-industri yang bukan mainstream. Terkini sebuah startup kecantikan yang berpusat di US bernama Proven telah memanfaatkan kecerdasan buatan untuk membantu pengguna dan pelangganya memilikh produk kecantikan terbaik berdasarkan jenis kulit dan keperluan mereka.
Menurut Amy Yuan yang merupakan co-founder Proven, kecerdasan buatan digunakan untuk menganalisis ribuan bahkan hingga jutaan testimoni pengguna, bahan-bahan dan produk-produk yang berkaitan dengan kecantikan dan kulit. Selain itu, kecerdasan buatan yang digunakan oleh startup Proven mampu mengenalpasti testimoni palsu.
Berdasarkan data-data yang dianalisis, syarikat tersebut dapat memberikan saranan yang tepat kepada penggunanya dan produk yang tepat sesuai dengan jenis kulit pelanggan. Walaubagaimanapun ketika ini, syarikat Proven hanya menumpukan pada pasaran wanita.
Proven bukanlah syarikat pertama yang menggunakan big data dan kecerdasan buatan dalam strategi pemasaran dan pembangunan perniagaan. HelloAva juga merupakan syarikat kecantikan yang telah menggunakan kecerdasan buatan dalam bidang yang sama.