FUNDAMENTAL: DOVISH
- ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0%.
- Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 10 April 2019.
- Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment.
- Waktu untuk langkah menaikkan kadar faedah telah dilanjutkan pada tahun 2020.
- ECB juga mengumumkan bakal melancarkan kempen pinjaman bank jangka masa panjang pada September 2019 bertujuan untuk merancakkan kembali aktiviti pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah.
DATA EKONOMI TUMPUAN ECB
- Kadar pengangguran di Kawasan Euro kekal pada 7.8% untuk bulan Januari 2019, sama seperti bulan sebelumnya.
- Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Di Kawasan Euro berkembang hanya 1.1% pada suku tahun keempat daripada 1.6% pada suku tahun ketiga 2018.
- Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro meningkat kepada 1.5% pada Februari 2019 daripada sembilan bulan terendah sebanyak 1.4% pada bulan sebelumnya dan selaras dengan persetujuan pasaran.
JANGKAAN: BEARISH EURO.
- Sektor perkilangan negara penyumbang terbesar kepada Eropah iaitu Jerman, mencecah paras terendah sejak 79 bulan.
- Risiko terhadap tarif automotif oleh Amerika Syarikat.
- Ketidaktentuan Brexit.