Kerajaan pusat sudah membelanjakan RM14.22 juta kos keseluruhan untuk menyelenggara kapal mewah Equanimity setelah diambil alih pada Ogos tahun lepas.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata dalam kenyataan bertulis yang RM11 juta telah dibelanjakan diantara Ogos dan Disember tahun lepas (2018) dan RM3.22 juta lagi sehingga Mac tahun 2019 ini.
Wilson Yatch Management Ltd adalah syarikat yang dilantik untuk menyelenggarakan kapal mewah ini dan mempunyai kepakaran tentangnya.
Kenyataan ini antara jawapan Lim kepada soalan dari Tan Sri Noh Omar.
Tan Sri Noh Omar (BN Tanjung Karang) mempersoalkan kenapa Kementerian Kewangan masih memegang pemilikan kapal Equanimity ini.
Menteri Kewangan menjawab, kesemua kos keseluruhan menyelenggarakan ini dibuat demi proses penjualan kapal mewah tersebut.
Kapal tersebut dijangka dijual separuh harga dari harga asal iaitu US Dollar 130 Juta (RM543juta), berbanding harga asal US Dollar 250 Juta (RM1 Billion).
Kapal mewah itu dilaporkan sedang berada di Langkawi.
Baca lebih lanjut : 6 Fakta Menarik Tentang Kapal Equanimity