6 Fakta Menarik Tentang Kapal ‘EQUANIMITY’ Jho Low di Pelabuhan Klang

1,552

Kapal kontroversi Equanimity telah pun berlabuh di Pelabuhan Klang pada 7 Ogos yang lalu. Kapal yang dipercayai dimiliki oleh Low Taek Jho atau Jho Low ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kerugian yang dialami oleh syarikat 1MDB.

Mana tidaknya, Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang juga sebagai penasihat 1MDB dilaporkan mempunyai kekayaan luar biasa. Terbaru beliau juga dilaporkan mempunyai sebuah jet peribadi di Singapura.

Untuk pengetahuan anda, Equanimity sebenarnya bermaksud “ketenangan” yang berasal daripada perkataan Latin, aequanimitas. Tetapi pastinya kes yang membabitkan Equanimity ini tidak membuat anda di luar sana tenang kan?

6 Fakta Menarik Mengenai Kapal Mewah Equanimity

 

  1. Nilai Equanimity Mencecah RM1 Billion

    • Tidak hairanlah kos pembinaan kapal ini mencecah RM1 Billion ($US 250 juta) kerana kemasan dan kemudahan di dalamnya ibarat sebuah Istana. Equanimity dibina oleh syarikat Winch Design, manakala syarikat Oceanco pula menyiapkan bahagian luar kapal tersebut.
  2. Kos Selenggaraan Equanimity RM3 Juta Sebulan
    • Apa yang mengejutkan orang di luar sana adalah kos selenggaraan bulanan yang juga memakan jutaan ringgit. Selain daripada kos pembinaan yang mencecah billion Ringgit, kos selenggaraan setahun sahaja memakan kos sehingga RM36 juta.

  3. Equanimity Bersaiz Mega
    • Kapal mewah yang dikatakan bersaiz mega ini mampu memuatkan 54 penumpang termasuk anak kapal. Daripada luaran ia dilihat seakan kapal mewah biasa bersaiz kecil, tetapi sebenarnya ia bersaiz 91.5 meter. Fuh memang besar, bayangkan saja trek lari sepanjang 100 meter, anda akan dapat gambaran sebenar.

  4. Equanimity Mendapat Dua Anugerah Peringkat Global
    • Hebat sungguh kapal ini sehingga mendapat dua anugerah iaitu New Finest Yacht pada 2014 dan juga Best Yacht of the Year pada tahun sama.

  5. Kemudahan Bertaraf Lima Bintang
    • Untuk pengetahuan anda kapal yang bersaiz hampir 100 meter ini adalah binaan khas (custom made) di mana hiasan dalamannya bertemakan kayu dan buluh dan sebahagiannya bersadur emas. Antara kemudahan yang ada di dalam Equanimity ialah:
      • Jakuzi
      • Sauna
      • Kolam Renang
      • Ruang Rehat
      • Salon, Spa
      • Gym
      • Panggung wayang mini
      • Lif
      • Helipad


  6. Saiznya Lebih Besar Daripada Kapal Dalam “Wolf of Wallstreet”
    • Ingat tak filem tu yang dibintangi oleh Leonardo Dicaprio? Ya kapal mewah di dalam cerita itu hanya bersaiz panjang 36 meter berbanding dengan Equanimity hampir 100 meter.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat