Pengukuhan matawang komoditi dalam pasaran kewangan turut melihatkan dagangan dolar New Zealand kekal bergerak kukuh minggu ini ekoran sentimen positif perjanjian perdagangan Amerika Syarikat dan China.
Berbanding US dolar yang lebih berisiko berikutan data-data ekonomi semasa Amerika Syarikat tidak begitu memberangsangkan, pergerakan harga pada carta NZD/USD mencatatkan kenaikan ke paras 5 bulan terbaru.
Sebelum ini harga telah mencatatkan paras tertinggi sejak dagangan Julai menyetuh paras ketinggian 0.66340 pada 2 minggu yang lepas. Namun paras ketinggian tersebut sekali lagi dicapai selepas kenaikan harga semalam melepasi paras resistance 0.66300.
Harga membuat penurunan pada awal sesi Asia bermula hari ini menguji zon RBS (resistance become support) sekitar bawah paras 0.66300 sebelum harga menyambung kenaikan semula pada sesi Eropah.
Lonjakan harga telah melepasi paras ketinggian 5 bulan sebelum ini sekaligus merekodkan paras ketinggian yang terbaru pada carta NZD/USD.
Jika sentimen pasaran kekal menyokong dagangan Kiwi, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras ketinggian terbaru minggu ini.
Namun jika penurunan kembali berlaku, harga akan turun lebih rendah semula menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50).
Penurunan lebih rendah dari MA50 bakal memberikan isyarat awal perubahan trend harga.
Penurunan yang berjaya diteruskan dilihat bakal menuju zon tumpuan harga di sekitar paras 0.65800 dan juga 0.65700.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.