Semakin membuatkan pelabur resah, harga emas pada penghujung minggu lalu telah mencatatkan kejatuhan terbaru lebih rendah di bawah paras $1,800.
Untuk dagangan minggu lalu, dapat dilihat harga emas didagangkan mendatar di atas paras $1,800 sepanjang minggu selepas harga turun menguji paras sokongan tersebut di awal minggu.
Namun penurunan pada Jumaat menembusi paras penting tersebut telah memberikan kegelisahan buat pelabur dengan jangkaan trend penurunan akan diteruskan pada minggu ini.
Perkembangan positif ujian vaksin oleh beberapa syarikat pembangun vaksin menjadi faktor mendorong pelabur melepaskan pegangan aset safe-haven dan beralih ke arah aset berpulangan lebih tinggi.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar melihatkan harga meneruskan penurunan pada permulaan dagangan minggu ini melepasi paras terendah yang dicecah harga Jumaat lalu sekitar 1774.00.
Sesi Asia pada hari ini melihatkan harga menyambung lagi penurunan sehingga ke paras sekitar 1764.00 mencatatkan paras terendah terbaru sejak Julai lalu.
Penurunan harga dilihat akan cuba untuk menembusi zon RBS (resistance become support) 1760.00 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah.
Jangkaan destinasi tumpuan harga pada penurunan seterusnya adalah sekitar 1700.00.
Sekiranya harga membuat kenaikan, paras 1800.00 akan kembali diuji yang membentuk zon SBR (support become resistance) terbaru.
Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam juga akan diuji sebelum harga yang melepasi paras tersebut akan memberi isyarat trend menaik harga semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.