Menjadi tumpuan di sesi Asia pada Selasa adalah mesyuarat polisi monetari bank pusat Australia khususnya buat pedagang mata wang dolar Australia.
Reserve Bank of Australia (RBA) teah mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.10% untuk mesyuarat terakhir tahun ini setelah kadar diturunkan ke paras tersebut pada mesyuarat sebelum ini.
RBA menyatakan bahawa kadar tersebut akan dikekalkan sekurang-kurangnya sehingga 3 tahun lagi sementara program pelonggaran kuantitatif dikekalkan A$100 bilion pada November.
Susulan keputusan mesyuarat tersebut, dolar Australia tidak menunjukkan reaksi yang ketara namun kekal meneruskan kenaikan sejak awal sesi Asia bermula pada kadar yang perlahan.
Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah menunjukkan kenaikan semula di sesi Asia selepas harga menjunam sekitar 70 pips dari zon resistance 0.74000 semalam.
Penurunan harga dilihat lebih dipengaruhi oleh faktor pengambilan keuntungan (profit-taking) bagi dagangan US dolar yang berterusan lemah sebelum ini.
Harga yang turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi petunjuk awal perubahan trend bearish.
Penurunan harga telah kembali menguji zon RBS (resistance become support) 0.73400 sebelum kenaikan pada sesi Asia pagi ini.
Harga membuat kenaikan ke paras halangan MA50 dan jika harga berjaya melepasi paras tersebut, resistance 0.74000 akan kembali diuji semula.
Kenaikan lebih tinggi melepasi zon resistance tersebut akan merekodkan paras tertinggi terbaru pada carta AUD/USD sejak Julai 2018.
Namun jika harga terus turun lebih rendah di bawah zon RBS 0.73400, penurunan seterusnya bakal menguji paras sokongan pada 0.73000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.