Sentimen pasaran dilihat masih bercampur-campur. Terdapat tanda-tanda pasaran memulih, namun beberapa faktor masih memberikan kebimbangan terhadap pelabur terutama gelombang kedua Covid-19.
Matawang komoditi sebelum ini yang didagangkan merosot kembali tampilkan tanda-tanda kenaikan nilai semula dalam pasaran khususnya dolar Australia.
Menjelang mesyuarat polisi bank pusat Australia pada awal Oktober, penganalisis di Citigroup percaya bahawa Reserve Bank of Australia (RBA) akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan tidak akan melaksanakan kadar faedah negatif.
Reaksi yang sama terjadi pada matawang Pound semalam, matawang dolar Aussie juga dijangkakan akan mengalami peningkatan pada minggu ini.
Data ekonomi China yang akan diterbitkan di sesi Asia pada Rabu juga akan turut mempengaruhi dagangan Aussie.
Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD sudah mula memaparkan corak awal kenaikan harga selepas harga menguji zon support berhampiran paras 0.70000 penghujung minggu lalu.
Dagangan pada awal minggu ini menyaksikan pergerakan mendatar namun menunjukkan kenaikan selepas bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga di carta AUD/USD.
Bersambung di sesi Asia pagi ini, harga telah berjaya menembusi paras 0.70800 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) sebelum ini.
Dengan jangkaan perubahan trend, kenaikan lebih tinggi harga dijangkakan akan menuju zon SBR sekitar 0.71800. Seterusnya, zon tumpuan adalah pada 0.72400.
Namun jika harga kembali bergerak membuat penurunan semula, zon support 0.70000 akan kembali diuji dan berkemungkinan akan menembusi ke paras lebih rendah lagi.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI