Tengahhari tadi pelabur Bitcoin (BTC) meraikan lonjakan aset itu melepasi paras harga $18,000 daripada rekod pagi, $17,705.
BTC mencatatkan rekod tertinggi $18,495 sebelum kembali susut rendah kepada nilai semasa penulisan $17,820.
Ini membawa kepada lonjakan harga sebanyak 13.06% sejak penembusan paras $16,000, 54% dalam hanya sebulan dan 114% untuk jangka masa setahun.
Kali terakhir BTC melepasi paras $18,000 ketika Disember 2017.
Kini, BTC memerlukan peningkatan 11% untuk mencapai all-time high (ATH) $20,000 dan terus pacu kepada $22,000.
Matawang kripto lain turut menyaksikan lonjakan positif, bermula dengan Ethereum (ETH) meningkat 6% kepada $493, Chainlink (LINK) melonjak hampir 11% dan aset lain dengan rekod sekitar 2%-6%.
Pengasas bersama firma pinjaman aset kripto Nexo (NEXO), Antoni Trenchev menjelaskan kejayaan BTC pada hari ini bukan bersifat sementara.
Punca yang mendorong kepada lonjakan menggila adalah kerana gelombang HODL, yang mana jumlah pemegang BTC melebihi setahun berada di ketinggian ATH.
Menariknya, perubahan positif ini tidak hanya memberi impak kepada nilai BTC dan aset kripto utama lain tetapi juga mempengaruhi pasaran kripto yang lain seperti DeFi.