Dua tiga hari ini harga Bitcoin (BTC) mengundang kegembiraan dalam kalangan pelabur dengan lonjakan berturut-turut, melepasi paras $28,000 dan bertahan di atas paras sokongan 100 simple moving average (SMA100).
Rekod baru all-time high dicatat pada $28,360 sebelum harga aset Satoshi Nakamoto itu mula susut susulan daripada pembetulan harga, menyebabkan BTC didagangkan di bawah $27,000.
Harga Bitcoin mula menunjukkan lonjakan terbaru di atas rintangan $26,500.
Ketika penulisan, nilai dagangan BTC dicatatkan pada $27,102, meningkat 3.20% dari rekod terendah $26,042.
Rintangan terdahulu berada di sekitar paras $27,275. Lonjakan melepasi rintangan $27,275 mungkin akan membawa aset ini mencatatkan harga $28,000 dan $28,400 dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, jika Bitcoin gagal melepasi paras rintangan $27,275, dijangka akan berlaku pembetulan harga yang lebih rendah. Sokongan terdahulu berada di sekitar zon $26,800.
Paras sokongan utama berada di pada $26,500 dan $26,000 yang mana terdapat risiko penyusutan lebih besar pada masa akan datang.