Sentimen pasaran dijangka akan terus berisiko selepas kebimbangan pelabur terhadap peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang berpotensi mencetuskan gelombang virus terbaru.
Aset safe-haven bakal mendapat kelebihan dalam pasaran dengan harga emas juga turut melonjak mencecah paras $1800, paras tertinggi terbaru dicapai sejak 2011.
US dolar sebagai matawang safe-haven juga turut pamerkan pengukuhan nilai pada dagangan sesi Eropah hari ini.
Pound Sterling pula menjadi antara matawang dengan prestasi yang merosot pada hari ini selain sentimen berisiko memberi kesan negatif terhadap matawang komoditi.
Tumpuan akan terarah pada Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak yang akan melancarkan program rangsangan bernilai £2 bilion yang memfokuskan kepada golongan belia.
Program tersebut bertujuan untuk merangsangkan ekonomi dengan penciptaan pekerjaan yang baru yang dinamakan ‘kickstart scheme’ juga untuk mengurangkan kadar pengangguran di UK.
Pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga telah membuat kenaikan semalam mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu di paras 1.25900 sebelum harga kembali pamerkan penurunan semula pada dagangan hari ini.
Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang berada pada zon RBS (resistance become support) hampir pada 1.25000 diuji harga pada dagangan sesi Eropah.
Penurunan lebih rendah dijangkakan menuju zon RBS lebih rendah pada sekitar julat harga 1.24000-1.23600. Seterusnya jika penurunan diteruskan, destinasi tumpuan adalah dilihat pada zon support pada 1.22500.
Namun jika harga kembali melonjak semula, paras ketinggian harga yang dicapai semalam akan kembali diuji sebelum kenaikan yang diteruskan bakal menuju zon resistance pada 1.26500.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI