Pergerakan harga kekal perlahan menuju sesi Eropah pada dagangan awal minggu berikutan kecairan yang rendah dalam pasaran.
US dolar masih kekal bergerak lemah sejak awal sesi Asia bermula dengan tumpuan utama pada minggu akan terarah pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis.
Justeru dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang utama berbanding US dolar mempamerkan kenaikan khususnya EUR/USD.
Matawang Euro pada minggu lalu bergerak lemah sepanjang minggu berikutan data-data ekonomi Eropah yang merosot mula pamerkan pengukuhan semula dengan laporan Jerman telah melonggarkan arahan sekatan dalam usaha membuka semula ekonomi.
Pergerakan harga EUR/USD minggu lalu telah membuat penurunan sehingga penghujung minggu dengan mencecah paras 1.0725 mencatatkan paras terendah bulanan terbaru.
Namun, pada dagangan Jumaat harga yang mencecah paras terendah tersebut kembali melonjak sekitar 90 pips sebelum menutup dagangan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam pergerakan harga.
Menyambung dagangan pada awal minggu ini, harga dilihat meneruskan kenaikan melepasi zon SBR (support become resistance) sekitar 1.0840.
Kenaikan harga yang diteruskan bakal menuju zon SBR lebih tinggi di atas paras 1.09200 dengan jangkaan perubahan trend bullish pada carta harga EUR/USD.
Namun jika harga kembali menyambung semula penurunan pada minggu lalu, paras sokongan dinamik MA50 akan cuba ditembusi sebelum harga kembali menuju semula ke paras terendah yang dicecah minggu lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI