Dagangan Jumaat lalu menyaksikan pergerakan harian harga pada carta pasangan matawang GBP/USD menjunam sehingga 200 pips.
Faktor yang mendorong penyusutan matawang Pound Sterling adalah hasil keputusan rundingan Brexit yang masih tidak memberikan perkembangan baik.
Pegawai UK mengatakan bahawa rundingan bersama Kesatuan Eropah (EU) boleh dilakukan jika EU hapuskan halangan yang tidak penting.
Namun, Ketua Perunding Brexit EU, Michel Barnier menyatakan bahawa rundingan adalah sukar untuk dicapai. Malah beliau turut meluahkan kekecewaan terhadap situasi rundingan yang menemui jalan buntu.
Turut menekan harga ke paras lebih rendah pada penghujung minggu lalu adalah berikutan pengukuhan semula US dolar dengan data ekonomi AS yang baik serta aktiviti pengambilan keuntungan oleh pedagang selepas jualan besar-besaran USD minggu lalu.
Harga telah membuat penurunan ketara dari paras ketinggian 1.32500 sehingga ke paras terendah mingguan 1.30600 dan menutup dagangan sekitar 1.30800.
Menyambung dagangan pada awal minggu ini, harga bergerak perlahan pada sesi Asia sebelum kenaikan perlahan di sesi Eropah. Kenaikan dijangka akan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Zon tumpuan dalam julat harga 1.31500-1.32000 turut akan diuji untuk kenaikan yang diteruskan sebelum menuju zon resistance yang diuji minggu lalu di bawah paras 1.32800.
Namun jika penurunan lebih rendah diteruskan, harga dilihat akan menuju zon support utama 1.3000.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI