Memang cukup mendebarkan pergerakan bagi matawang Pound pada dagangan semalam dengan pergerakan harian pada carta pasangan matawang GBP/USD mencecah sehingga 500 pips!
Pergerakan ketara harga berlaku di sesi Eropah semalam apabila dilaporkan rundingan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) bersama UK gagal capai persetujuan apabila UK dikatakan tidak mahu mengikuti landasan perjanjian.
Ekoran tersebut, harga pada carta GBP/USD menjunam 130 pips. Namun, apabila pasaran menjangkakan Pound akan terus lemah, harga kembali melonjak sehingga 160 pips lebih tinggi mencecah ketinggian 1.29780.
Lonjakan tersebut disokong oleh laporan perkembangan positif semula rundingan bahawa para perunding optimis persetujuan bakal dicapai.
Walau bagaimanapun, pelabur kekal berwaspada terhadap risiko ketidaktentuan tersebut melihatkan Pound kembali susut semula dari paras ketinggian dicapai.
Penurunan semula harga juga turut didorong oleh pengukuhan semula US dolar berikutan satu lagi isu tumpuan lain iaitu perbincangan pakej rangsangan ekonomi di Amerika Syarikat (AS).
Dagangan yang bersambung di sesi Asia hari ini melihatkan harga menunjukkan penurunan dan bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Dengan jangkaan Pound kekal berisiko di samping pengukuhan US dolar semula, harga bakal ditekan lebih rendah ke paras zon sokongan mingguan sekitar 1.28000.
Penurunan lebih rendah akan menuju ke zon RBS (resistance become support) sebelum ke zon support lebih rendah pada 1.26700.
Namun, waspada jika harga kembali melonjak, paras resistance pada 1.3000 bakal menjadi sasaran destinasi kenaikan seterusnya.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI