Dagangan Pound Sterling pada Khamis menunjukkan penurunan berbanding US dolar pada carta pasangan GBP/USD setelah siri kenaikan harga sejak minggu lalu.
Penyusutan matawang Britain itu adalah didorong oleh amaran Gabenor bank pusat England, Andrew Bailey kepada bank-bank di UK untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan UK dan Kesatuan Eropah (EU) tidak dapat mencapai kesepakatan dalam rundingan Brexit.
Sebelum ini, UK dilaporkan bersetuju untuk berkompromi dalam rundingan. Namun ketidaktentuan pada perkembangan rundingan tersebut telah mengurangkan keyakinan para pelabur.
Pada carta GBP/USD semalam, harga dilihat membuat kenaikan ke paras ketinggian 1.26100 pada awal sesi Asia, namun pergerakan harga mendatar dan gagal melepasi ke paras ketinggian lebih tinggi selepas diuji pada sesi Eropah dan New York.
Memulakan dagangan sesi Asia pagi ini di paras lebih rendah sekitar 1.25700, harga kemudiannya telah mempamerkan penurunan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD.
Penurunan diteruskan pada sesi Eropah menuju paras tumpuan 1.25000 di zon RBS (resistance become support).
Harga yang meneruskan penurunan lebih rendah dilihat akan emnuju zon RBS seterusnya pada sekitar 1.24000 sebelum menguji paras 1.23600.
Sebaliknya jika harga kembali menyambung semula kenaikan sebelum ini, harga akan cuba melepasi paras ketinggian 1.26100 yang dicapai semalam dan menuju paras 1.26400.
Paras ketinggian tersebut merupakan zon resistance utama yang gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan April lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI