Nampaknya Pound Sterling bakal mengalami kejatuhan nilai pada minggu ini. Apa sebenarnya faktor penyebab situasi tersebut?
Laporan bercanggah berkenaan perkembangan rundingan Brexit telah menambahkan lagi keraguan pelabur terhadap isu yang telah sekian lama berpanjangan ini.
Menurut sumber dari Kesatuan Eropah (EU), persetujuan telah dicapai berkenaan hak perairan yang sebelum ini menjadi penghalang kesepakatan rundingan.
Sebaliknya, di pihak UK pula, kerajaan Britain mendakwa kesepakatan masih lagi belum dicapai antara kedua-dua pihak. Rundingan akan bersambung pada minggu ini melibatkan Perdana Menteri UK Boris Johnson bersama Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen.
Hal ini dilihat menjadi faktor menyokong penurunan semula harga pada carta pasangan GBP/USD, selepas harga kembali menutup dagangan di bawah paras 1.35000 semula di penghujung sesi New York pada Jumaat untuk mengakhiri dagangan minggu lalu.
Pada minggu lalu harga dilihat menguji zon resistance 1.35000 yang menjadi rintangan harga sejak Disember 2019, namun harga kembali turun semula selepas mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 1.35400 sekaligus merekodkan paras tertinggi terbaru sejak Mei 2018.
Namun, pada pembukaan sesi Asia di awal minggu ini melihatkan harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi lebih petunjuk untuk trend menurun.
Sehingga dagangan yang bersambung ke sesi Eropah, harga dilihat turun ke paras sekitar 1.34000 menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Jika penurunan lebih rendah melepasi zon RBS tersebut, harga dilihat akan meneruskan penurunan selanjutnya menuju zon RBS 1.33000.
Namun jika kenaikan harga kembali berlaku, zon resistance 1.35000 akan kembali diuji semula pada minggu ini dengan jangkaan paras ketinggian terbaru dicapai pada Jumaat akan turut dilepasi harga.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.