Pergerakan pasaran berkemungkinan suram pada minggu terakhir dagangan untuk tahun 2020 di mana pelabur akan mengambil langkah untuk tidak berada dalam pasaran sempena perayaan krismas dan juga sambutan tahun baru.
US dolar bergerak susut pada sesi Asia pagi ini bagi memulakan dagangan minggu ini susulan laporan terbaru bahawa Donald Trump telah menandatangani pakej bantuan ekonomi yang bernilai $2.3 trilion termasuk bantuan $600 untuk rakyat Amerika.
Sentimen positif ini bakal memberi kesan lebih lemah buat US dolar di samping memberi ruang untuk mata wang utama yang lain kembali meningkat.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan kenaikan dari paras sokongan 1.21800 pada zon RBS (resistance become support).
Setakat jam 10.30 pagi waktu tempatan, harga telah menunjukkan kenaikan sekitar 30 pips menguji paras rintangan pada dagangan Khamis dan Jumaat minggu lalu.
Kenaikan yang turut melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga telah memberi isyarat awal untuk trend bullish pada carta EUR/USD.
Kenaikan yang berjaya diteruskan bakal menguji zon rintangan pada ketinggian 1.22500-1.22700 sebelum kenaikan seterusnya bakal menuju ke paras 1.23000.
Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, zon RBS 1.21800-1.21500 akan diuji sekali lagi yang sebelum ini menjadi zon sokongan harga.
Namun jika penurunan menembusi zon tersebut, harga dilihat akan menuju ke zon support di bawah paras 1.20900.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI