Sejak kebelakangan ini emas menjadi buruan ramai susulan daripada lonjakan harganya di pasaran, menjadikan aset tersebut antara yang paling bernilai berbanding wang ringgit.
Berbeza pula dengan pengasas bersama tukaran kripto Gemini, Tyler Winklevoss yang berpendapat, Bitcoin (BTC) 10 kali lebih baik daripada emas.
Mustahil lah!
Menerusi kicauan Twitter miliknya semalam, Winklevoss menyifatkan BTC sebagai ’emas’ yang lebih baik daripada emas.
Mana tidaknya, sejak sedekad lalu harga BTC telah melonjak mendadak, melepasi beberapa penanda aras sepanjang peningkatan.
Tambahan dengan lonjakan harga emas menyebabkan umum kerap membandingkan aset digital dengan emas. Malah, BTC juga dilihat sebagai satu simpanan bernilai dan bukan lagi matawang urusniaga.
Pengasas LVL, solusi perbankan bagi kripto, NebraskanGooner menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa kelirunya terhadap persaingan aset antara emas dan BTC, memandangkan kedua-duanya memiliki nilai tertentu.
Winklevoss mengukuhkan lagi pendapatnya dengan mengemukakan dua carta yang mewakili kedua-dua aset tersebut, emas dan BTC.
Daripada tujuh kategori, emas mengungguli carta tersebut dari aspek nilai aset, dengan permodalan pasaran berjumlah $9 trilion. Manakala bagi BTC pula sekadar memiliki permodalan pasaran $200 bilion.
Bagi aspek yang lainnya seperti jumlahnya, ketahanan, pengaksesan, pembahagian, penyimpanan dan tahap keselamatan yang tinggi, Bitcoin merupakan juara, mengalahkan kedudukan emas.
BTC juga baru-baru ini menjadi perhatian umum sebagai penyimpanan nilai pada 2020 susulan daripada beberapa firma besar mula melabur ke dalam aset tersebut.