Matawang Pound Sterling pamer prestasi terburuk pada dagangan Selasa dengan penyusutan ketara pada carta harga berbanding matawang utama yang lain selepas data pekerjaan UK diterbitkan pada awal sesi Eropah semalam.
Indeks purata pendapatan 3 bulan catat bacaan lebih rendah berbanding jangkaan penurunan sementara kadar pengangguran di UK untuk bulan Februari meningkat kepada 4.0%.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang utama GBP/USD, harga telah mencatatkan penurunan harian sehingga 200 pips ke paras terendah terbaru 2 minggu.
Penurunan tersebut juga turut didorong oleh pengukuhan US dolar dalam sentimen pasaran yang masih berisiko dengan kebimbangan pelabur terarah pada kemerosotan pasaran minyak mentah global.
Dagangan Pound pada hari ini dijangka akan dipengaruhi oleh bacaan data inflasi UK yang akan diterbitkan pada awal sesi Eropah. Bacaan data yang lemah akan terus menambah tekanan buat matawang Britain tersebut.
Harga pada carta GBP/USD yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga telah menjunam sehingga mencecah paras 1.22500 pada sesi New York semalam.
Menguji zon support di paras tersebut melihatkan harga pantul membuat kenaikan yang lemah sebelum pergerakan harga perlahan sehingga bersambung pada awal sesi Asia hari ini.
Jika harga meneruskan penurunan, paras support lebih rendah di paras 1.2200 akan menjadi tumpuan harga sebelum melanjutkan penurunan seterusnya.
Namun jika harga kembali pamer lonjakan semula, kenaikan dilihat akan menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 1.2400 dan juga paras halangan dinamik MA50.
Kenaikan lebih tinggi dari zon tersebut berkemungkinan akan menuju paras tumpuan pada 1.2500 dan akan memberikan isyarat awal perubahan trend harga.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI