Tersasar Daripada Jangkaan, Tuntutan Pengangguran UK Catat Bacaan Lebih Baik Pada Mac

1,151

Pejabat Perangkaan UK (ONS) hari ini melaporkan angka pertumbuhan pekerjaan di UK dilihat bertumbuh dengan lebih perlahan pada Mac berbanding bulan sebelumnya disebabkan penutupan aktiviti ekonomi bagi membendung penularan coronavirus.

Kadar pengangguran UK dilaporkan meningkat kepada 4.0% dalam tiga bulan hingga Februari dari paras terendah 45 tahun yang dicatatkan bulan lalu iaitu pada 3.9%.

Walau bagaimanapun, terdapat 172,000 pertambahan pekerjaan telah direkodkan dalam tempoh tersebut, iaitu lebih baik daripada unjuran awal untuk bertambah sebanyak 102,000.

Selain itu, indeks purata pendapatan UK dalam tiga bulan hingga Februari, tidak termasuk bonus, menyusut kepada 2.9% daripada 3.1% yang direkodkan pada bulan sebelumnya, dan lebih rendah daripada unjuran pasaran untuk menyusut 3.0%.

Sementara itu, faedah pengangguran yang dituntut oleh warga UK pula mengejutkan pasaran dengan hanya meningkat sebanyak 12,200 daripada 6,000 tuntutan yang disemak semula pada bulan sebelumnya, malah jauh tersasar daripada jangkaan pasaran untuk meningkat 172,000 pada bulan Mac.

Namun begitu, kesan penutupan ekonomi disebabkan coronavirus ke atas sektor pekerjaan masih belum dapat dilihat sepenuhnya memandangkan data yang dikeluarkan ini turut merangkumi bacaan yang diambil sebelum lebih banyak aktiviti ekonomi di negara itu ditutup pada 23 Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat