Pound kembali didagangkan susut pada dagangan Rabu gagal meneruskan siri lonjakan harga selama 2 hari.
Sejak awal minggu, pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD telah mencatatkan lonjakan 250 pips ke paras ketinggian 1.27670 pada penghujung sesi New York semalam.
Namun harga telah kembali membuat penurunan semula selepas menguji zon resistance tersebut.
Kenaikan harga pada awalnya adalah didorong oleh penyusutan ketara US dolar susulan laporan positif ujian vaksin Covid-19.
Selain itu, terdapat komen oleh ahli mesyuarat bank pusat England (BOE) yang memberi petunjuk bank pusat berkemungkinan tidak akan menurunkan kadar faedah ke paras negatif sekaligus menyokong pengukuhan matawang Britain tersebut.
Namun pengukuhan harga kembali mendapat tekanan susulan perkembangan kurang baik rundingan Brexit UK-EU. Keputusan akan terletak di tangan EU selepas UK kekal berkeras untuk tidak berganjak dengan pendirian terdahulu.
Dapat dilihat harga pada carta GBP/USD pada sesi Eropah kembali pamerkan penurunan semula dan telah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Harga menguji paras sekitar 1.26600 pada zon RBS (resistance become support) yang menjadi paras rintangan harga minggu lalu sebelum ditembusi minggu ini.
Jika penurunan lebih rendah diteruskan, paras tumpuan seterusnya adalah pada 1.25000 iaitu zon RBS lebih rendah.
Sebaliknya jika harga kembali melonjak semula, harga akan menuju semula ke zon resistance dan cuba untuk mengatasi paras ketinggian yang dicapai semalam.
Paras 1.28000 menjadi paras tumpuan utama harga untuk kenaikan selanjutnya yang merupakan paras resistance harga pada dagangan Jun lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI