Presiden Amerika Syarikat (AS) akhirnya meluahkan kebimbangannya terhadap pandemik koronavirus yang menyerang negara itu semalam.
Menerusi kenyataan rasmi beliau berkenaan wabak tersebut di White House setelah tiga bulan mendiamkan diri, beliau akui keadaan wabak di AS akan bertambah teruk sebelum pulih seperti sediakala.
Untuk makluman sehingga kini rekod jangkitan wabak koronavirus di negara itu telah cecah lebih dari 4 juta kes dengan 144,953 kematian.
Melihat keadaan wabak di negara itu seakan tidak menemui jalan keluar, Trump juga turut memberitahu bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan China atau negara lain untuk mengimport vaksin.
Pastinya, beliau tidak akan mengumumkan penutupan negara (lockdown) memandangkan impak daripada tindakan itu lebih kritikal berdasarkan ekonomi AS ketika ini.
Sebaliknya, Trump menjelaskan pihak kerajaan akan mengusahakan langkah menangani wabak ini menerusi rawatan penyembuhan termasuk terapi dan mendapatkan vaksin dalam kadar segera.
Sebelum ini pemerintah itu meremehkan tindakan Dr. Anthony Fauci dan pakar kesihatan lain dalam menangani kes COVID-19.
Malah, beliau juga telah menghilangkan data kes koronavirus, dakwa peningkatan kes baru berkait rapat dengan peningkatan ujian saringan dalam kalangan masyarakat hingga mendorong pihak kesihatan menyangkal dakwaan Trump dan menjelaskan situasi sebenar.