Kata China Tipu, Tapi Trump Sendiri Sorok Data Coronavirus!

1,121

Pentadbiran Trump sekali lagi menimbulkan kekecohan kerana telah menghilangkan data umum berkaitan dengan wabak pandemik COVID-19.

Dikatakan pihak mereka secara senyap-senyap mengalihkan pengurusan maklumat data tersebut dari laman web Centers for Disease Control (CDC) kepada Department of Health and Human Services (HHS), menyebabkan maklumat tersebut hilang.

CDC bertanggungjawab dalam menyiarkan maklumat mengenai kekosongan katil hospital dan unit rawatan rapi secara berkala ke seluruh negara.

Kejadian itu berlaku pada Selasa, ketika petugas Ryan Panchadsaram yang mengendalikan Covid Exit Starategy, laman web pengesanan data sedang mengumpulkan data tersebut dari CDC.

Seluruh negeri diminta berhenti menghantar maklumat ke National Healthcare Safety Network, sistem pengumpulan data CDC bermula pada Rabu, sebaliknya dilaporkan kepada portal laporan HHS.

Walaupun sedia maklum dengan perubahan tersebut, pihak perubatan dan saintis tidak dapat menolak kebimbangan jika tiada ketelusan data susulan daripada arahan itu.

Bukan itu sahaja, perubahan yang mendadak ketika kepincangan negara kerana COVID-19 akan memburukkan lagi keadaan.

Donald Trump dan pentadbirannya acap kali terpalit dengan kritikan susulan daripada provokasi mereka terhadap CDC dalam menangani dan menyampaikan maklumat mengenai wabak.

Nampaknya, Trump mempolitikkan data kesihatan dan krisis yang timbul, sekaligus menimbulkan juga kebimbangan terhadap integrasi data pada masa akan datang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat