US dolar didagangkan menyusut pada sesi Asia hari ini ketika tumpuan pasaran terarah kepada perkembangan dalam perdebatan antara dua calon utama Presiden AS, iaitu Donald Trump dan Joe Biden yang sedang berlangsung.
Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan susut pada 93.83.
Penjualan ekuiti, hasil perbendaharaan dan matawang menunjukkan bahawa perdebatan ini akan menyebabkan mencetuskan lebih banyak ketidakpastian.
Menjelang perdebatan, matawang yang berprestasi paling baik iaitu dolar Aussie dan dolar kiwi terus mencatatkan peningkatan. Kedua-dua negara telah berjaya mengawal gelombang kedua Covid-19 dan sekatan yang dilaksanakan pula mula diangkat secara beransur-ansur.
Ini berbeza pula dengan dolar Kanada yang menunjukkan kemerosotan setelah Quebec melaksanakan sekatan lebih ketat di 3 wilayah terbesarnya termasuk Montreal dan Bandar Quebec berikutan lonjakan kes coronavirus yang membimbangkan.
Sementara itu, dagangan matawang euro meningkat lebih tinggi menyusuli kemerosotan US dolar walaupun dihimpit oleh kebimbangan terhadap lonjakan kes jangkitan Covid-19 yang membawa kepada sekatan baru. Terbaru, Canselor Jerman, Angela Merkel telah memberi amaran mengenai betapa seriusnya situasi Covid-19 di Berlin.
Dalam pada itu, matawang pound gagal mempertahankan pengukuhannya setelah Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey bahawa bank pusat masih tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kadar faedah negatif sebagai pelonggaran kuantitatif tambahan.