Bank Pusat England Kekal Cakna, Kadar Faedah Negatif Dalam Pertimbangan!

232

Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey mengatakan bank pusat cakna mengenai cabaran yang akan timbul jika suku bunga negatif diterapkan dalam sistem perbankan dan dalam masa yang sama beliau tidak menolak bahawa cara tersebut dapat digunakan untuk menjana ekonomi.

Bailey menyatakan bahawa jika sebahagian besar bank runcit terus menawarkan kadar faedah positif kepada pelabur maka hal tersebut akan mengurangkan keberkesanan kadar negatif BoE. Justeru beliau menekankan bahawa bank pusat kekal cakna bahawa mekanisma proses boleh terjejas jika kadar faedah negatif diterapkan.

Matawang sterling melonjak setengah sen berbanding US dolar susulan komen Bailey mengenai kadar faedah sebelum susut kembali.

Pelabur telah mempertimbangkan bahawa terdapat kemungkinan BoE untuk mengikuti petunjuk Bank Pusat Eropah dan Bank Jepun, serta bank pusat lain dengan menetapkan kadar faedah di bawah sifar untuk pertama kalinya.

Walaubagaimanapun, Timbalan Gabenor Dave Ramsden mengatakan pada hari Isnin bahawa beliau berpendapat kadar faedah utama bank pusat kekal pada tahap semasa iaitu 0.1%.

Bailey disisi lain mengulas bahawa ekonomi Britain menunjukkan prestasi yang lebih kukuh daripada yang jangkaan BoE pada baru-baru ini dan terdapat tanda-tanda bahawa pemulihan akan bergerak perlahan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat