Peminat kripto yang mengikuti dekat perkembangan platform kripto, Binance pasti teruja kerana pada bulan ini akan dilancarkan platform non-fungible token (NFT).
Terbaru, Binance dilaporkan akan melancarkan pasaran NFT dengan 100 Creators Campaign sebagai usaha untuk menarik lebih ramai pengguna.
Misha Most, individu yang memegang rekod dunia dengan memiliki mural dinding terbesar akan menyertai kempen tersebut dengan menghasilkan 10 NFT kolaborasi bersama beberapa pelukis lain.
Hasilnya akan mula dijual pada minggu pertama pelancaran platform NFT Binance yang dijadualkan pada 24 Jun ini.
Most turut akan bekerjasama dengan beberapa selebriti dan atlet yang dijemput Binance, termasuk pemain bola sepak Michael Owen dan Alphonso Davis, penyanyi dan penulis lagu Lewis Capaldi, dan komposer filem, Trevor Jones.
Kempen ini merupakan satu inisiatif daripada Binance untuk menyokong dan mempromosikan pencipta inovatif seluruh dunia, sekaligus memaparkan kepelbagaian budaya menerusi karya NFT.
Bagi peminat yang mahu mendapatkan koleksi NFT daripada platform dipercayai, anda boleh baca artikel ini (part I) dan ini (part II). Manalah tahu ada NFT yang menarik sementara menunggu 24 Jun.