Tergempar! NFT Binance Bakal Hadir Dalam Pasaran Kripto Jun Ini!

1,810

Platform matawang kripto Binance pada hari Selasa mengumumkan rancangan mereka untuk memperkenalkan satu marketplace yang membolehkan pengguna menerbit, membeli dan menjual barang digital yang dikenali sebagai NFT.

Teknologi blockchain juga bukan sahaja terhad kepada sistem kewangan. Berasaskan teknologi yang sama, blockchain membolehkan kita membeli dan menjual karya seni digital seperti lukisan, lagu, video dan barangan dalam permainan video. Inilah yang disebut sebagai NFT.

NFT adalah token digital yang tidak boleh ditukar milik, unik dan eksklusif untuk pemiliknya sahaja. Berdasarkan data dari NonFungible.com, jumlah penjualan token ini meningkat menjadi lebih dari $ 2 bilion pada suku pertama.

Binance, yang merupakan pertukaran kripto terbesar di dunia berdasarkan jumlah dagangan, mengatakan bahawa platformnya akan membuka dua pasaran NFT, satu pasaran premium dan satu lagi pasaran standard. Pasaran permiun akan menumpukan untuk lelongan dan pameran, manakala pasaran standard lebih kepada mereka yang ingin menerbit token baru.

Segmen premium akan mengambil 10% dari hasil lelongan utama, kata Binance, dengan 90% diberikan kepada artis. Pasaran perdagangan sehari-hari akan mengenakan “yuran pemprosesan” 1%, sementara pencipta “akan terus menerima royalti 1%,” menurut Binance.

NFT Binance dijangka akan dilancarkan pada bulan Jun ini. Menurut Binance, “Tujuan kami adalah untuk menyediakan platform perdagangan NFT terbesar di dunia yang membolehkan penerbitan, pembelian dan pertukaran token yang dikuasakan oleh infrastruktur dan komuniti blockchain Binance,”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat