Kompilasi Litecoin (LTC) ini merupakan matawang digital terbesar dalam Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) dengan permodalan pasaran mencecah lebih $13 bilion.
Terkini, City of Williston mengumumkan satu kenyataan bahawa mereka kini menerima pembayaran mawatang kripto untuk bil utiliti.
“Kami telah bekerjasama dengan Bitpay, pembayaran secara maya yang terbesar dimana mereka telah bekerjasama dengan Microsoft dan Facebook”- kata Pengarah Kewangan, Hercules Cummings. Berita ini juga telah memberi harapan baru kepada pelabur-pelabur Litecoin dan juga mata wang kripto yang lain.
The city of Williston, North Dakota now accepts #Litecoin (and other #crypto ) as payment for your utility bills! #Fridayvibes #fridaymorninghttps://t.co/U5Z31hDaeB
— Litecoin Foundation ⚡️ (@LTCFoundation) May 14, 2021
Pergerakan harga bagi Litecoin pada pembukaan pasaran semalam menyaksikan harga telah membuat lonjakan melebihi 50% dan menutup dagangan sekitar $210 selepas membuat penyusutan yang ketara pada pergerakan pasaran minggu ini.
Dapat dilihat pada carta pergerakan harga LTC/USDT, menyaksikan harga Litecoin telah melonjak melebihi 250% pada pembukaan pasaran 2021.
Paras harga $412.96 merupakan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicatatkan.
Jika diperhatikan pada carta LTC/USDT, pergerakan harga Litecoin telah menembusi zon SBR (support become resistance) sekitar paras $301. Paras zon tersebut perlu dilepasi oleh Litecoin sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi dan menguji zon resistance yang pernah dicapai sekitar harga $300 – $350.
Tetapi jika pergerakan harga bagi Litecoin terus membuat penurunan yang lebih rendah lagi, paras harga $120 – $160 bakal diuji yang merupakan paras terendah yang pernah dicatatkan ketika pembukaan pasaran 2021.
Lihat gambar carta matawang kripto LTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.