Dolar Amerika terus diniagakan di paras terendah hampir satu bulan berbanding pesaing utamanya ketika tumpuan pasaran kini tertumpu pada laporan pekerjaan NFP AS yang akan dikeluarkan malam ini.
Berbanding kebanyakan matawang utama, indeks dolar diperdagangkan lebih rendah pada 98.18 pada sesi Eropah.
Dagangan greenback telah berada di bawah tekanan sejak data pekerjaan ADP pada Rabu lalu menunjukkan bacaan kurang memberangsangkan, menyebabkan jangkaan pasaran terhadap NFP malam ini juga lemah.
Walaubagaimanapun, data yang diterbitkan pada Khamis menunjukkan pemulihan pasaran buruh yang kuat susulan jumlah pemberhentian pekerja menurun ke tahap terendah dalam tempoh lebih 24 tahun.
Ini mendorong pelabur lebih berhati-hati dalam meletakkan posisi terhadap matawang dolar greenback.
Matawang Asia, terus mendahului kenaikan dengan dolar kiwi terus meningkat lebih tinggi ke paras ketinggian sejak pertengahan Jun, sementara dolar Aussie menguat di tahap tertinggi satu bulan.
New Zealand nampaknya telah berhasil mengawal gelombang baru wabak Covid-19 dan jangkaan untuk bank pusat meningkatkan kadar faedah pada bulan Oktober kembali meningkat.
Matawang euro didagangkan kukuh dengan sokongan daripada kelemahan US dolar dan beberapa komen dari pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) yang hawkish. Terdapat juga spekulasi yang menyatakan bank pusat akan menarik semula rangsangannya susulan angka inflasi yang kuat.
Sementara pound pula kekal diniagakan tinggi, dengan tumpuan pasaran kini turut terarah pada pengumuman Perdana Menteri Boris Johnson mengenai kenaikan cukai pada minggu depan.
Matawang yen pula kekal didagangkan stabil, sementara pasaran saham Jepun pula meningkat susulan berita mengenai Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga yang akan mengundurkan diri dari jawatannya.