Tergempar! Perdana Menteri Jepun Mahu Letak Jawatan

1,300

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga berhasrat untuk mengundurkan diri dari jawatannya setelah satu tahun menggalas tugas itu, menurut laporan Kyodo News.

Suga mengumumkan niatnya itu dalam mesyuarat tergempar anggota kanan Parti Liberal Demokratik (LDP) pada hari ini.

Beliau juga tidak merancang untuk mencalonkan diri dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung pada akhir bulan ini, dengan alasan mahu memberi perhatian penuh kepada usaha membendung Covid-19.

Pilihan raya umum pula dijadualkan berlangsung pada atau sebelum 28 November 2021. Sesiapa yang dipilih menjadi pemimpin LDP, mempunyai peluang besar untuk menjadi perdana menteri kerana dominasi parti itu di parlimen.

Suga yang mengambil alih pimpinan setelah Shinzo Abe mengundurkan diri pada September lalu kerana kesihatannya, telah menyaksikan kemerosotan di bawah 30% dalam sokongannya ketika negara itu bergelut dengan gelombang jangkitan coronavirus.

Beliau juga berdepan dengan kritikan setelah memutuskan untuk menjadi tuan rumah Olimpik Tokyo, walaupun keadaan darurat kesihatan yang berterusan dilaksanakan hampir seluruh negara.

Fumio Kishida, bekas menteri luar negeri, akan bertanding merebut jawatan ketua parti. Pada hari Khamis, Kishida mengkritik tindak balas coronavirus Suga dan mendesak pakej rangsangan lebih besar dikeluarkan untuk memerangi wabak tersebut.

Pasangan matawang USD/JPY yang pada mulanya merosot, kembali melonjak untuk didagangkan di paras harga 110.00 sebagai reaksi awal terhadap berita politik Jepun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat