Harga emas memulakan pergerakan suram pada pembukaan dagangan di awal minggu ini susulan penurunan semula harga yang dipamerkan pada penghujung minggu lalu.
Pelabur sedikit kecewa apabila harga emas yang diharapkan untuk meneruskan momentum lonjakan pada Khamis gagal disempurnakan dengan pergerakan lemah pada Jumaat lalu.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat kenaikan harga pada Khamis lalu telah mencatatkan paras tertinggi 2 minggu ke zon rintangan 1830.00 namun kembali susut semula menutup dagangan penghujung minggu sekitar 1810.00.
Penurunan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50 ) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga juga turut memberi isyarat bearish.
Penurunan semula harga dilihat akan kembali menguji zon penting 1800.00 yang telah berjaya menyokong harga daripada jatuh lebih rendah selama beberapa minggu dagangan sebelum ini.
Sekiranya harga menjunam di bawah zon tersebut, ini akan memberi petanda kejatuhan lebih rendah nilai emas bakal bermula.
Zon sokongan tumpuan sebelum ini sekitar 1765.00 dan juga 1745.00 akan kembali diberi tumpuan sebelum sasaran penurunan harga untuk mencecah zon harga 1700.00 semula.
Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula pada minggu ini, zon rintangan yang dicapai minggu lalu pada 1830.00 dijangkakan untuk harga tembusi.
Seterusnya zon RBS (resistance become support) 1850.00 akan menjadi tumpuan bagi kenaikan harga yang diteruskan untuk isyarat arah pergerakan harga selanjutnya.
Pelabur akan berwaspada terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini untuk pergerakan US dolar yang turut mempengaruhi perubahan nilai emas dalam pasaran.
Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG