Dagangan emas di penghujung minggu kian membuatkan pelabur gusar apabila terus memaparkan pergerakan harga yang tidak menentu.
Dapat dilihat harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar susut semalam di bawah paras 1745.00 sebelum mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Menyambung dagangan pada dagangan Khamis, harga perlahan pada awal sesi Asia sebelum mempamerkan kenaikan semula menuju pembukaan awal sesi Eropah ke paras 1745.00 semula.
Dagangan emas yang dipengaruhi oleh US dolar menyaksikan pengukuhan US dolar pada sesi Asia susulan ahli mesyuarat Federal Reserve (Fed) mula membincangkan untuk mengurangkan pembelian bon.
Namun, pasaran tidak memberi reaksi yang ketara sebelum US dolar kembali lemah semula dan menyambung penurunan semalam.
Kenaikan lebih tinggi akan mengukirkan senyuman buat para pelabur emas dengan jangkaan harga menguji zon SBR (support become resistance) pada 1765.00.
Melepasi zon tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi menuju semula ke paras 1.8000.
Sebaliknya jika harga emas kembali menjunam semula di bawah paras sokongan MA50, zon support harga dilihat pada 1720.00.
Harga masih belum turun di bawah paras tersebut selepas kenaikan harga di atasnya sejak awal April.
Penurunan lebih rendah di bawah paras tersebut bakal kembali semula ke zon support pada julat harga 1700.00 hingga 1680.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI