Sedikit mengecewakan harapan buat para pelabur emas apabila harga emas pamerkan penurunan semula pada sesi Eropah semalam ketika jangkaan kenaikan pada sesi sebelumnya akan mencapai paras $1,800.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam telah membuat kenaikan ke paras ke paras ketinggian sekitar 1790.00 untuk mencatatkan paras tertinggi 8 minggu.
Kenaikan harga emas didorong oleh faktor pergerakan US dolar yang lemah sejak minggu lalu lagi sehingga bersambung ke awal minggu ini. Situasi ini menguatkan lagi jangkaan untuk harga meningkat ke paras 1800.00.
Selain itu juga, faktor lain yang menyokong nilai emas dalam pasaran adalah laporan kerajaan China akan membenarkan bank tempatan dan asing untuk mengimport emas dengan jumlah lebih besar ke negara itu.
Susulan itu, harga emas telah pamerkan peningkatan pada permulaan dagangan awal minggu. Namun, jangkaan untuk harga terus melonjak meleset apabila harga susut semula ke paras ke zon RBS (resistance become support) 1768.00.
Pelabur perlu berwaspada selepas harga juga turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan yang memberi isyarat awal untuk trend bearish.
Sekiranya harga terus jatuh lebih rendah lepasi zon RBS sekitar 1760.00, berkemungkinan harga akan meneruskan penurunan menuju paras tumpuan 1745.00 sebelum ini.
Namun, jika harga berjaya menyambung kembali kenaikan, paras ketinggian yang dicapai semalam bakal diuji sebelum diatasi untuk menuju ke paras tumpuan 1800.00.
Harga masih belum mencapai paras tersebut selepas penurunan sejak dagangan Februari lalu.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI