Dagangan emas pada hari ini susut lebih rendah untuk menyambung penurunan bagi hari ketiga berturut-turut sejak Jumaat lalu.
Pada penghujung minggu lalu, harga emas sebenarnya sudah mula memberi isyarat awal untuk trend bearish bagi mengakhiri siri kenaikan sepanjang minggu lalu.
Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah membuat penurunan dari paras 1758.00 pada zon SBR (support become resistance) sehingga ke bawah paras 1745.00 semula.
Harga juga telah turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk petunjuk harga bakal membuat penurunan untuk minggu ini.
Namun penurunan harga masih perlahan di awal minggu sementara pelabur berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang data inflasi AS pada sesi New York malam ini.
Namun, peningkatan semula hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bakal menyokong pengukuhan US dolar dalam pasaran dan turut akan mendorong penurunan lebih rendah bagi dagangan emas semasa.
Penurunan harga dilihat akan menguji paras sokongan pada 1720.00 sebelum penurunan lebih rendah berkemungkinan akan kembali semula ke zon support pada 1700.00 dan 1680.00.
Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, paras rintangan 1745.00 akan diuji semula sebelum harga menuju ke zon SBR 1765.00.
Kenaikan harga lebih tinggi melepasi zon SBR tersebut akan mendorong jangkaan harga emas untuk mencapai semula paras harga 1800.00 sebelum ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI