Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde telah tampil beri ulasan mengenai perkembangan matawang kripto yang semakin mendapat perhatian massa. Menurut beliau, kebarangkalian bank pusat untuk memegang matawang kripto adalah hampir mustahil buat masa ini.
Lagarde masih skeptikal dengan dengan bitcoin walaupun kebelakangan ini penerimaan matawang kripto semakin meluas. Para pelabur institusi dan syarikat besar mula melabur dalam bitcoin bagi mengimbangi kunci kira-kira mereka. Walau bagaimanapun, Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde tidak melihat masa depan seperti itu dalam institusi kewangan bank pusat.
Namun beliau tidak menidakkan bahawa bank pusat akan menggunakan matawang digital, tetapi beliau tidak melihat itu adalah Bitcoin. ECB telah berusaha untuk mengembangkan mata wang digital bank pusatnya sendiri (CBDC) sejak hampir 2 tahun lalu.
Di sisi lain, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen menekankan risiko tinggi dari pasaran digital, termasuk salah guna matawang kripto walaupun tidak dinafikan beberapa teknologi kewangan baru juga mampu menangani jenayah dan mengurangkan ketidakadilan.
Yellen juga mengatakan bahawa inovasi dalam sektor tersebut wajar memberi penyelesaian kepada masalah yang timbul dan pada masa yang sama menawarkan pengaksesan sistem kewangan kepada berjuta manusia seluruh dunia.