Ethereum menyaksikan permulaan yang cukup baik pada pembukaan pasaran bulan September, dengan pergerakan harga yang dilihat memberi isyarat untuk menuju ke $4,000.
Ethereum melonjak 13% pada sesi dagangan semalam mencatatkan paras tertinggi terbaru $3,842.
Pandangan perspektif, Ethereum telah mengatasi kripto ke-5 teratas antaranya BTC 5%, ADA 6%, BNB 7%, XRP 7% pada sesi dagangan semalam.
Turut dinilai bahawa sentimen semasa telah menyokong kuat pergerakan harga ETH, salah satunya hard fork London ‘EIP-1599’.
Seterusnya, teliti carta pergerakan semasa harga ETH/USDT.
ETH dilihat sedang berdepan dengan paras rintangan yang sering kali diuji pada sesi dagangan bulan Mei, paras resistance $3,800 merupakan paras rintangan tersebut.
Pandangan sudut teknikal, ETH dilihat masih kekal dengan pergerakan harga yang positif dan sedang menguji paras resistance $3,800.
Sekiranya ETH bertahan lama menguji paras resistance $3,800, ETH dilihat berpotensi untuk menembusi paras tersebut dan menuju ke paras $4,000.
Namun, jika pergerakan harga kembali menunjukkan corak penurunan, paras RBS (resistance become support) sekitar $3,300 bakal diuji terlebih dahulu samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.
Ketika penulisan, Ethereum didagangkan sekitar harga $3,760 melonjak lebih 9% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto ETH/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.