COTI, blockchain pertama di dunia yang dioptimumkan untuk pembayaran yang tidak berpusat tampil dengan pergerakan harga ‘garang’.
Sesi dagangan semalam, COTI menghasilkan lebih 80% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $0.49.
COTI yang baru disenaraikan di ‘Coinbase Pro’ telah mendorong pergerakan harga melonjak tinggi.
Breaking News!
We were extremely happy to see that $COTI will be listed on Coinbase Pro!
Trading will begin today, August 26, at 9 AM PT (Pacific Time). https://t.co/BwPJNfKzJVThank you @coinbasepro!$COTI #staycoti https://t.co/Hve65styGD
— COTI Foundation (@COTInetwork) August 26, 2021
Beberapa penganalisis kripto menganggap COTI berpotensi tinggi dalam tempoh terdekat untuk menuju ke ATH $0.57 yang dicatatkan pada bull season lalu.
Meneliti kepada carta COTI/USDT, pergerakan harga COTI dilihat telah menghasilkan keuntungan lebih 260% pada sesi dagangan bulan Ogos.
Daripada pandangan sudut teknikal, pergerakan harga COTI sedang berusaha kembali untuk memperoleh momentum kenaikan, paras SBR (support become resistance) sekitar $0.42 dilihat bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji.
Untuk lonjakan yang lebih tinggi , paras resistance sekitar $0.48 perlu ditembusi dahulu sebelum menuju ke ATH $0.57.
Namun jika harga Coti kembali meneruskan trend bearish, harga dilihat bakal kembali menguji paras RBS (resistance become support) sekitar $0.27 sebelum menuju ke paras yang lebih rendah.
Sewaktu penulisan, COTI/USDT didagangkan pada harga $0.39 melonjak lebih 40% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto COTI/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.