Ekonomi Kanada dilaporkan menunjukkan hasil yang mengejutkan bahawa ekonomi pada akhir tahun lalu bekembang dengan pesat walaupun di tengah gelombang baru sekatan Covid-19.
Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK/GDP) bertumbuh sebanyak 9.6% pada suku keempat selepas turun naik dalam GDP sukuan sebelumnya berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Kanada.
Bacaan yang dicatat pada suku keempat itu jauh lebih tinggi daripada tinjauan pakar ekonomi Bloomberg yang mensasarkan hanya 7.3% pertumbuhan. Anggaran awal dari agensi statistik tersebut menunjukkan bahawa ekonomi Kanada berada pada landasan yang betul untuk mengukuh sebanyak 0.5% pada bulan Januari.
Laporan ini sedikit sebanyak telah meredakan kebimbangan pasaran mengenai impak gelombang kedua terhadap ekonomi yang menyebabkan langkah lockdown diterapkan. Angka yang dicatat tersebut juga meningkatkan keyakinan bahawa ekonomi akan meningkat pada suku pertama tahun 2021.
Sepanjang tahun 2021, KDNK Kanada menyusut 5.4% sesuai jangkaan namun ia menandakan bahawa penurunan tahun tertinggi sejak tahun 1961. US Dolar mengukuh berbanding matawang CAD sebanyak 0.02% kepada paras tukaran 1.2647.