Harga emas sedikit meningkat pada hari Jumaat dan bersedia untuk kenaikan mingguan ketiga berturut-turut setelah disokong oleh US dolar dan hasil perbendaharaan AS yang lemah.
Namun, kenaikan yang dicatatkan agak terbatas disebabkan sentimen pasaran yang tidak menentu.
Ketika penulisan, logam berharga itu didagangkan di sekitar harga $1,785 per auns.
Terdahulu, dagangan logam kuning itu susut rendah selepas mencecah paras tertinggi $1,797 ekoran kebangkitan semula US dolar, menyebabkannya gagal menembusi paras harga $1,800 dan susut rendah pada $1,777.
Ini didorong oleh prospek terhadap pemulihan ekonomi AS selepas menyaksikan penurunan dalam jumlah tuntutan pengangguran yang jatuh kepada 547,000 pada minggu lalu berbanding 586,000 yang dicatatkan sebelumnya.
Bagaimanapun, cadangan Presiden AS Joe Biden untuk meningkatkan cukai keuntungan modal terhadap golongan kaya, sedikit sebanyak membantu menyokong harga emas daripada jatuh lebih rendah.
Cadangan tersebut telah mencetuskan kebimbangan para pelabur sehingga menyebabkan kejatuhan ketara dalam pasaran saham AS, dan seterusnya mendorong mereka untuk mendapatkan pegangan terhadap safe-haven.