Heboh Biden Akan Gandakan Cukai, Habis Semua Pasaran Berdarah!

3,186

Presiden AS, Joe Biden akan mengusulkan hampir dua kali ganda kadar cukai keuntungan modal ke atas golongan kaya untuk membiayai pendidikan dan keutamaan perbelanjaan lain.

Biden telah mencadangkan kenaikan cukai keuntungan modal bagi mereka yang memperoleh lebih dari $1 juta setiap tahun kepada 39.6%.

Ditambah dengan pungutan tambahan terhadap golongan berpendapatan tinggi bagi membiayai Akta Penjagaan Terjangkau (ACA), kadar cukai mungkin lebih tinggi.

Susulan daripada berita tersebut, ia telah mencetuskan kebimbangan pelabur dan menyebabkan penurunan ketara di Wall Street, di mana indeks S&P 500 menjunam 1% pada sesi New York iaitu kejatuhan paling besar dalam tempoh lebih satu bulan.

Cukai keuntungan modal sangat penting bagi Wall Street kerana ia menentukan berapa besar penjualan ekuiti dikumpulkan oleh kerajaan pusat.

Kejatuhan dalam pasaran ekuiti, telah memberi ruang untuk matawang US dolar meningkat ketika sesi New York, sebelum sedikit susut pada sesi Asia hari ini.

Berita ini bukan sahaja menyebabkan kekecohan dalam pasaran saham, tetapi turut memberi kesan kepada pasaran kripto. Dagangan bitcoin jatuh ketara ke sekitar paras harga $50,500 dan mengheret matawang kripto yang lain junam lebih rendah.

Walau bagaimanapun, kenaikan itu perlu melalui kelulusan Kongres AS, di mana Parti Demokrat Biden memegang majoriti sempit dan tidak mungkin mendapat sokongan daripada Parti Republik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat