Mata wang utama dalam pasaran mula paparkan peningkatan semula pada dagangan Selasa semalam berikutan penyusutan yang dipamerkan oleh US dolar yang gagal dikekalkan pada awal minggu ini.
Indeks utama pasaran Wall Street kembali meningkat menunjukkan keyakinan pelabur dalam pasaran sekaligus memberi kesan kejatuhan nilai buat US dolar sebagai mata wang safe-haven.
Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang susut juga turut memberi tekanan terhadap momentum pengukuhan US dolar sebelum ini.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga masih membuat kenaikan pada sesi Asia menyambung penurunan pada awal minggu dan juga minggu sebelumnya.
Penurunan harga telah mencecah ke paras support utama 1.20000 mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.
Namun sesi Eropah kembali pamerkan lonjakan semula harga dari paras support tersebut mencapai paras ketinggian 1.20900 pada zon rintangan tersebut dengan 100 pips kenaikan harian.
Lonjakan harga yang melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga itu juga memberikan isyarat awal untuk perubahan trend bullish.
Bersmabung dagangan sesi Asia pada Rabu, harga perlahan di paras 1.20900 dengan jangkaan kenaikan harga bakal diteruskan pada sesi-sesi berikutnya.
Kenaikan harga dilihat akan kembali semula ke zon rintangan 1.21500-1.21800 selepas harga jatuh lebih rendah di bawah zon tersebut pada minggu lalu.
Kenaikan lebih tinggi bakal menguji semula paras ketinggian yang dicapai minggu lalu dengan paras ketinggian 1.22500 menjadi tumpuan.
Bagi mata wang Euro, pelabur akan menilai data-data ekonomi Eropah dalam sektor perkhidmatan yang akan diterbitkan hari ini.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI