Insiden gangguan platform media sosial: Facebook, Instagram dan Whatsapp pada malam tadi mengundang lonjakan harga Bitcoin (BTC) dan aset kripto yang lain.
Berdasarkan pemerhatian, harga BTC mencatat peningkatan 4.5% kepada lebih $49,000 selepas susut ke paras terendah harian, $47,166.
Begitu juga harga Ethereum (ETH) melonjak 3.5% dalam tempoh yang sama, mencecah $3,411.
Gangguan ketiga-tiga platform media sosial ini merupakan insiden terburuk sejak 2008. Ketika itu dilaporkan Facebook berstatus ‘offline’ susulan daripada kehadiran pepijat.
Pendukung kripto menggunakan peluang ini menekankan kepentingan kehadiran media sosial desentralisasi yang dibangunkan di blockchain, mendakwa: “Jika mereka membangunkan Facebook di blockchain, ia tidak akan diganggu.” – Allen Farrington, penulis hal-hal Bitcoin dan matawang kripto.
if they built facebook on a blockchain it would never go down. just an idea, idk.
— I identify as a layer 2 (@allenf32) October 4, 2021
https://twitter.com/cryptok63838341/status/1445158280670629894
Seperti Twitter, pengasasnya Jack Dorsey sedang mengusahakan inisiatif media sosial desentralisasi. Terbaru, Twitter telah berintegrasi dengan Bitcoin (BTC) melalui pengenalan tip yang disokong wallet Lightning.
Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $49,174, dengan lonjakan 3.46% dalam 24 jam. Manakala ETH meningkat lebih 1.5% dengan nilai dagangan semasa $3,385.