Gabenor Bank of England Andrew Bailey pada hari Selasa menegeluarkan kenyataan bahawa ekonomi UK bakal berhadapan waktu-waktu yang suram dan terkini BoE sedang menilai kadar faedah di bawah sifar sebagai salah satu langkah bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
Menurut Bailey, peningkatan kes Covid-19 bakal memberi impak besar terhadap ekonomi dalam beberapa bulan akan datang walaupun pemulihan dapat dilihat setelah vaksin Covid-19 diedarkan.
Ulasan Bailey ini dikeluarkan susulan selepas menteri kewangan Rishi Sunak memberi amaran bahawa ekonomi akan menjadi lebih buruk sebelum ia menunjukkan pemulihan. Ditambah pula UK sudah mengenakan langkah pergerakan kawalan nasional sebanyak 3 kali.
Bailey enggan mengulas apakah lebih banyak rangsangan akan diumumkan pada 4 Februari nanti malah beliau lebih menungguh lebih banyak data sebelum membuat keputusan.
Matawang sterling terus melojak berbanding Euro dan US dolar selepas Bailey meredakan sedikit kebimbangan pasaran terhadap perlaksanaan kadar faedah negatif dengan menyebutnya sebagai ‘kontroversi’ dan mempunyai banyak masalah.
Tambah beliau lagi, prospek terhadap kadar faedah adalah bergantung kepada pertumbuhan produktiviti negara.
Sebilangan besar ahli ekonomi berpendapat ekonomi Britain cenderung kembali kepada kemelesetan dengan menguncup pada suku akhir 2020 dan suku pertama 2021. Hal ini kerana rekod lepas menunjukkan penurunan output sebanyak 25% bagi dua bulan pertama kawalan pergerakan.