Serba Dinamik didapati melepasi tarikh akhir pembayaran baki pembelian bangunan pejabat bernilai RM24.2 juta dan kupon sukuk berjumlah US$300 juta.
Sejak akhir-akhir ini nama Serba Dinamik sering menjadi topik perbualan hangat. Isu saman-menyaman diantara syarikat kejuruteraan awam tersebut dengan beberapa firma pengauditan serta bursa sering menghiasi media pasaran tempatan.
Terbaharu, menurut Awanbiru Technology Bhd atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Prestaring Bhd, Serba Dinamik dikatakan tidak berjaya untuk menyelesaikan baki pembelian bangunan pejabat 8 tingkat yang terletak di Cyberjaya, berharga kira-kira RM24.2 juta.
Menurut Awanbiru lagi, dibawah klaus perjanjian jual beli (SPA) yang telah ditandatangani pada 8 Februari yang lalu, deposit bernilai RM2.42 juta yang telah dibayar oleh Serba Dinamik akan dilucutkan haknya kerana syarikat itu gagal untuk membayar baki selebihnya sehingga melewati tarikh akhir pembayaran yang telah ditetapkan iaitu pada 31 Oktober.
Dalam satu kisah berasingan, Serba Dinamik turut didapati melepasi tarikh akhir yang telah ditetapkan bagi pembayaran kupon sukuk berjumlah US$300 juta iaitu pada 9 November.
Sukuk merupakan bentuk bon Islamik tidak bercagar untuk tempoh 3 tahun dengan kadar keuntungan tahunan sebanyak 6.3% yang perlu dibayar 2 kali setahun dan tranche (sebahagian) bonnya akan mencapai kematangan pada 9 Mei tahun depan.
Difahamkan buat masa ini Serba Dinamik masih tidak akan dikenakan status ‘default’ kerana perjanjian bon memiliki tempoh tangguh 30 hari untuk pembayaran dilakukan dari tarikh akhirnya.
Namun, sukuk Mei 2022 yang mengandungi status ‘cross-default’ dengan tranche bernilai susuk US$200 yang akan mencapai kematangan pada 12 Mac 2025.
Nilai sukuk US$300 tersebut telah dikeluarkanoleh SD International Sukuk Ltd.
Sehingga kini pihak Serba Dinamik masih tidak memberi sebarang keterangan lanjut berkenaan kedua-dua isu tersebut.