Sentimen risk-off awal minggu menyokong pengukuhan US dolar pada dagangan sesi Asia hari ini meneruskan momentum pengukuhan penghujung minggu lalu selepas data harga pengeluar Amerika Syarikat (AS) yang meningkat ke paras tertinggi untuk tempoh 9 setengah tahun.
Pengukuhan US dolar telah kembali memberi tekanan terhadap mata wang utama yang lain dalam pasaran selepas mengambik kesempatan untuk meningkat pada minggu lalu susulan prestasi suram US dolar.
Pound Sterling antara mata wang yang terus menerima tekanan dengan pengukuhan US dolar selepas bergerak lemah sepanjang minggu lalu.
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga membuat penurunan pada sesi Asia di bawah paras 1.37000. Namun selepas mencecah ke paras 1.36700, harga meningkat semula pada awal sesi Eropah di atas paras 1.37000 semula.
Pelabur akan memberi tumpuan terhadap perkembangan Brexit selepas laporan awal kesepakatan di antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) berhubung isu Ireland Utara.
Perkembangan positif Brexit berpotensi untuk mengukuhkan semula dagangan Pound dan melonjakkan harga pada carta GBP/USD menuju semula ke zon SBR (support become resistance) 1.38000.
Untuk kenaikan lebih tinggi, harga perlu melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend bullish semula.
Sebaliknya jika harga menjunam, zon support pada 1.36000 dilihat sebagai destinasi tumpuan buat harga.
Zon tersebut juga turut menyokong lonjakan semula harga pada dagangan awal Februari lalu.
Pelabur juga bersedia untuk terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bulanan UK yang dijangka meningkat dan menyokong dagangan Pound.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI