Harga minyak mentah kembali meneruskan peningkatan ke paras ketinggian terbaru 13 bulan pada hari Khamis selepas kerajaan Amerika Syarikat melaporkan pengeluaran minyak mentah di seluruh negara jatuh lebih 10% atau 1 juta tong sehari pada minggu lalu setelah cuaca sejuk melampau melanda Texas, pusat tenaga negara.
Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) juga melaporkan peningkatan dalam bekalan minyak mentah sebanyak 1.3 juta tong pada minggu lalu, tersasar dari jangkaan untuk penurunan 5.2 juta tong.
Walaupun terdapat kenaikan dalam stok minyak mentah AS, tetapi pelabur lebih menumpukan kepada pengurangan dalam pengeluaran iaitu sebanyak 9.7 juta tong sehari, berbanding jangkaan 10.8 juta sehari yang sepatutnya dikeluarkan pada minggu lalu.
Bukan itu sahaja, pasaran turut diperlihatkan dengan data stok penyulingan, termasuk minyak diesel dan pemanasan yang menunjukkan penurunan 4.79 juta tong, melebihi 3.75 juta tong yang dijangkakan oleh pasaran.
Menjelang permulaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat lebih tinggi pada $66.41 setong, sementara WTI Amerika Syarikat menokok pada $63.41 setong.
Kedua-dua penanda aras kembali bangkit selepas dikecewakan oleh data Institut Petroleum Amerika (API) yang melaporkan peningkatan tidak dijangka dalam bekalan minyak mentah, menyebabkan harga jatuh rendah pada sesi dagangan awal Rabu.