Harga emas menjunam ke paras terendah hampir dua minggu pada hari Rabu disebabkan lonjakan dalam hasil perbendaharaan AS telah mendorong pengukuhan matawang US dolar.
Spot emas kembali jatuh di bawah tahap $1,800 dengan didagangkan rendah di sekitar $1,790 per auns pada sesi Asia.
Ini juga merupakan kejatuhan buat dagangan logam berharga emas untuk hari kelima berturut-turut. Logam berharga itu telah mencatat kejatuhan lebih 5% pada tahun ini.
Penanda aras hasil perbendaharaan AS 10 tahun melonjak lebih 1.3% ke paras tertinggi satu tahun pada sesi sebelum ini, didorong oleh keyakinan pasaran terhadap pemulihan ekonomi dan inflasi yang meningkat.
Susulan peningkatan hasil bon AS, ini telah memberi peluang kepada dagangan dolar greenback untuk meningkat lebih tinggi berbanding enam matawang utama lain.
Tekanan harga terhadap logam kuning emas dijangka berlanjutan berikutan jangkaan pemulihan ekonomi yang kuat ekoran pelancaran vaksin dan perbelanjaan kerajaan yang lebih banyak.
Pelabur semakin optimis terhadap pemulihan global ketika banyak negara telah menunjukkan kemajuan dalam pelancaran vaksin dan angka kes harian yang memperlihatkan penurunan di seluruh dunia.