Polkadot (DOT) paparkan prestasi yang positif, melonjak lebih 14% dalam 24 jam dengan nilai dagangan $40.67 ketika artikel ini ditulis.
Bagi rekod seminggu, DOT melintasi beberapa altcoins lain dengan peningkatan lebih 30%, menjadi pergerakan luar biasa sejak rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $49.69 pada pertengahan Mei.
Perkembangan rangkaian ini tidak dinafikan menjadi faktor utama kepada peningkatan harga DOT.
Semalam tunjang kepada pembangunan Polkadot, Parity Technologies telah umum kesediaan mereka untuk melancarkan lelongan parachain bermula 11 November ini.
5 years after the vision of a heterogeneous multichain framework was first outlined in the Polkadot Whitepaper, parachains are now ready to launch on Polkadot. Motion 118, to schedule the first auctions, has passed council & now gone to public referendum.https://t.co/8pt3aT4vO3
— Polkadot (@Polkadot) October 13, 2021
Menurut ketua hal ehwal awam Parity Technologies, Peter Mauric, Polkadot merupakan satu-satunya protokol lapisan-0 di blockchain dan dibangunkan bagi tujuan untuk mengubah keseluruhan landskap lapisan-1 pada masa akan datang.
Teknologi lapisan-2 dapat dilihat dengan kewujudan Lightning untuk Bitcoin, dan Polygon untuk Ethereum, yang mana memainkan peranan melancarkan blockchain lapisan-1. Lapisan-0 pula jauh lebih berbeza, meningkatkan keefisienan dengan menggabungkan pelbagai blockchains.
Secara ringkasnya, parachains adalah blockchains yang beroperasi di sekeliling rangkaian utama untuk mendapat manfaat sekuriti dan pengesahan transaksi.
Manakala token DOT pula, selain pemiliknya memiliki hak untuk mengundi dan staking, ia juga digunakan untuk pembangunan parachains baru. Secara tidak langsung, keperluan DOT mencipta peningkatan permintaan DOT bagi mereka yang berminat untuk mewujudkan rangkaian baharu.